KERTAS KERJA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG



1.0 PENGENALAN

Sukan Tahunan SK Raja Chulan merupakan salah satu temasya sukan yang melibatkan semua murid di sekolah ini bermula daripada Pra sekolah hinggalah ke tahun 6. Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, telah banyak melahirkan atlit sekolah dan seterusnya telah mengharumkan nama sekolah diperingkat daerah dan sebagainya.
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecmerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
            Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.
            Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Raja Chulan sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insane yang menyeluruh di masa akan datang

2.0 RASIONAL

Murid-murid mempunyai minat dan bakat di dalam diri masing-masing. Sekiranya diberi peluang, mereka akan menunjukkan bakat mereka di dalam setiap aksi  sukan yang disertainya. Sehubungan dengan itu, kita boleh melihat bakat murid ini sebagai satu khazanah sekolah yang boleh diketengahkan di masa-masa akan datang. Mudah-mudahan suatu hari nanti mereka akan memberi sumbangan kepada negara melalui sukan diperingkat yang lebih tinggi.



3.0 MATLAMAT

3.1 Untuk melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi di bidang sukan.
3.2 Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri di dalam aktiviti sukan.
3.3 Memupuk perpaduan dan semangat setiakawan,tolong-menolong,bantu-membantu di antara satu sama lain.
3.4 Memastikan murid-murid sentiasa mengikut peraturan-perturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.


4.0 OBJEKTIF

4.1 Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke pertandingan Kejohanan Olahraga Daerah Kinta Utara tahun 2014.
4.2 Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.
4.3 Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.
4.4 Mendekatkan hubungan dan ineraksi antara ibu bapa/penjaga dengan sekolah melalui sukan.


5.0 PESERTA DAN SASARAN

Penglibatan semua murid bermula Pra sekolah sehingga tahun 6 dan murid Pendidikan Khas


6.0  ANJURAN

6.1 Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Desa cempaka, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
6.2 PIBG Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Desa cempaka, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
 

    7.0 TARIKH/JANGKA MASA

7.1 Tarikh : 30 Jun 2013 (Ahad)
7.2 Masa : 8.00 Pagi – 12.00 tgh


   8.0 TEMPAT

Padang Sekolah Kebangsaan Raja Chulan


   9.0 TEMA

Sukan Membangun Modal Insan”


10.0              SUMBER TENAGA

10.1              Semua guru Sekolah Sekolah Kebangsaan Raja Chulan,
            Desa cempaka, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan yang telah
           dibahagikan mengikut rumah masing-
10.2              AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Raja Chulan, Desa cempaka,
           31400 Ipoh,  Perak Darul Ridzuan

11.0    KEWANGAN
            11.1    Peruntukan PCG (Bantuan Sukan Sekolah – BSS )
            11.1    PIBG

No comments:

Post a Comment

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

Untuk melahirkan modal insan yang berdisiplin, berketrampilan, mempunyai daya saing,disamping memiliki ciri-ciri ketahanan mental, fizikal dan emosi yang tinggi agardapat memenuhi kehendak serta aspirasi negara pada masa hadapan

VISI

MELONJAKKAN KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN IMEJ PERKHIDMATAN

MATLAMAT KOKURIKULUM

Menyemai kesedaran murid terhadap agama, beradab, taat setia, bertanggungjawab, berdisiplin, jujur dan bersih,disamping mempunyai ciri-ciri emosi, intelek dan jasmani yang seimbang.

Menggilap, mengukuhkan minat, bakat dan kemahiranpelajar dalam setiap aktiviti kokurikulum yang diceburi.

Mengisi masa lapang dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah.

Mengukuhkan interaksi, integrasi dan persefahaman

di kalangan pelajar, guru dan juga dengan masyarakat luar.

OBJEKTIF KOKURIKULUM

Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang berkesan dari segi pengurusan serta tanggungjawab kepada diri , sekolah, masyarakat dan negara.

Meningkatkan disiplin pelajar melalui pemyemaian dan pemupukan nilai, budaya dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara.

Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, minat dan bakat pelajar kearah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan .

Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat.

Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat

STRATEGI PELAKSANAAN

Memberi wajaran kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

Menetapkan dan mempelbagaikan aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab/persatuan , sukan dan permainan dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu dan kumpulan.

Melibatkan murid, Persatuan Ibubapa dan Guru dan agensi luar yang terdiri dari semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;

Merancang dan meneliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki;


Menyelia, merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun

Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan;

Memupuk nilai-nilai yang positif dan mengalakkan semangat berdaya saing yang sihat di kalangan pelajar,

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru dan murid, dari semasa ke semasa.

BIJAK BICARA

Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang membuatmu semakin kuat setiap hari