GARIS PANDUAN KOKO -PERSATUAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK AKTIVITI CATATAN
Pendaftaran ahli baharu dan mesyuarat I.Pendaftran ahli-ahli baharu II.Taklimat persatuan (fungsi persatuan,tanggungjawab ahli dan sebagainya) III. Memperkenalkan guru penasihat dan AJK IV. Majlis suai kenal antara ahli V. Membentangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun VI. Pembahagian kumpulan Guru menyediakan borang pendaftaran dan bahan edaran
Menceriakan papan kenyataan Persatuan Bahasa Melayu murid bekerja secara berkumpulan untuk menghias dan menceriakan apan kenyataan dengan menampalkan carta organisasi persatuan, peribahasa, pantun, syair, sajak, biodata dan sumangan tokoh bahasa, istilah bahasa dan sebagainya Guru menyediakan sudut pameran
Permainan Bahasa (Teka Silang Kata) guru menerangkan cara permainan tersebut -dalam kumpulan, ahli-ahli melengkapkan kata dengan huruf yang sesuai hingga menjadi kata yang lengkap -pengumuman pemenang Guru menyediakan bahan edaran yang mengandungi teka silang kata
Pantun Teka-teki - ahli memberi pelbagai contoh teka-teki -guru menerangkan cara mencipta teka-teki berdasarkan pantun empat kerat -dalam kumpulan, ahli mencipta sekurang-kurangnya dua rangkap pantun teka-teki -wakil kumpulan mempersembahkan pantun teka-teki masing-masing -setiap kumpulan mempamerkan pantun teka-teki yang telah dihasilkan contoh pantun teka-teki: Pagi minggu pergi membajak, pergi bersama anak lelaki, jika tuan orang yang bijak, apakah haiwan berkeris di kaki (kumpulan lain menjawab teka-teki yang dikemukakan
Bercerita --mengadakan tayangan bercerita -berbincang tentang Pertandingan bercerita yang telah ditonton -ahli-ahli menyampaikan cerita berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh mereka -menyampaikan cerita dengan cara yang bersahaja dan menarik Ahli diminta menyediakan bahan seminggu sebelum perjumpaan -tayangan CD Pertandingan Bercerita
Syarahan/Pidato -mengadakan tayangan pidato -berbincang tentang pidato yang telah ditonton -ahli-ahli menyampaikan pidato berdasarkan bahan yang telah disediakan oleh mereka -menyampaikan pidato dengan cara yang betul dan menarik -Ahli diminta menyediakan bahan seminggu sebelum perjumpaan -tayangan CD Pidato
Sajak - ahli-ahli menyatakan pelbagai jenis puisi yang diketahui -ahli menyenaraikan ciri-ciri sajak -guru menerangkan teknik mudah menghasilkan sajak -ahli-ahli mengarang sajak -ahli-ahli mendeklamasikan sajak dengan sebutan yang betul -guru menggunakan ‘teknik permata’ untuk memudahkan ahli mencipta sajak

No comments:

Post a Comment

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

Untuk melahirkan modal insan yang berdisiplin, berketrampilan, mempunyai daya saing,disamping memiliki ciri-ciri ketahanan mental, fizikal dan emosi yang tinggi agardapat memenuhi kehendak serta aspirasi negara pada masa hadapan

VISI

MELONJAKKAN KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN IMEJ PERKHIDMATAN

MATLAMAT KOKURIKULUM

Menyemai kesedaran murid terhadap agama, beradab, taat setia, bertanggungjawab, berdisiplin, jujur dan bersih,disamping mempunyai ciri-ciri emosi, intelek dan jasmani yang seimbang.

Menggilap, mengukuhkan minat, bakat dan kemahiranpelajar dalam setiap aktiviti kokurikulum yang diceburi.

Mengisi masa lapang dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah.

Mengukuhkan interaksi, integrasi dan persefahaman

di kalangan pelajar, guru dan juga dengan masyarakat luar.

OBJEKTIF KOKURIKULUM

Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang berkesan dari segi pengurusan serta tanggungjawab kepada diri , sekolah, masyarakat dan negara.

Meningkatkan disiplin pelajar melalui pemyemaian dan pemupukan nilai, budaya dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara.

Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, minat dan bakat pelajar kearah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan .

Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat.

Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat

STRATEGI PELAKSANAAN

Memberi wajaran kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

Menetapkan dan mempelbagaikan aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab/persatuan , sukan dan permainan dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu dan kumpulan.

Melibatkan murid, Persatuan Ibubapa dan Guru dan agensi luar yang terdiri dari semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;

Merancang dan meneliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki;


Menyelia, merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun

Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan;

Memupuk nilai-nilai yang positif dan mengalakkan semangat berdaya saing yang sihat di kalangan pelajar,

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru dan murid, dari semasa ke semasa.

BIJAK BICARA

Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang membuatmu semakin kuat setiap hari