PROSEDUR SEMASA PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH


1.    Memaklumkan pelaksanaan aktiviti kepada pihak-pihak yang berkenaan:
                                    -           Polis Di Raja Malaysia
                                    -           Pihak Kesihatan (Klinik berdekatan)
                                    -           Ketua Kampung / Pengerusi JKKK
                                    -           Pengerusi PIBG / Lembaga Pengurus
2.    Mematuhi prosedur yang terdapat dalam SPI Bil. 1/1995 (Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah dan SPI 24/1998 (Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Agensi Kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaaan) 
3.    Ada senarai urus setia / petugas beserta bidang tugas dan mengikut nisbah yang telah ditetapkan (1:10) dan MESTI berada awal sebelum aktiviti dijalankan. 
4.    Peserta MESTI menyerahkan ”surat kebenaran ibubapa/penjaga” dan ”Perakuan Kesihatan Murid” yang telah siap ditandatangani oleh ibubapa / penjaga. 
5.    Memberi taklimat keselamatan kepada semua peserta sebelum aktiviti dijalankan. 
6.    Memastikan langkah-langkah keselamatan sentiasa diberi keutamaan semasa menjalankan aktiviti. 
7.    Pastikan alat bantu mula (first aid) ada disediakan. 
8.    Guru / jurulatih sentiasa berada bersama murid semasa aktiviti dijalankan. 
9.    Memastikan aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi TIDAK DIJALANKAN pada waktu malam / dalam cuaca gelap. 
10. Pastikan pencahayaan dan pengudaraan cukup semasa menjalankan aktiviti 
11. Sekolah-sekolah tidak digalakkan menjalankan aktiviti-aktiviti berisko tinggi di sekolah. Jika ingin melaksanakan juga MESTI menggunakan jurulatih-jurulatih yang berrtauliah dan ada SURAT PANGGILAN RASMI : 
-           Pusat Kokurikulum Perak, Pangkor 
-           Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
-           Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
                        -           Pusat Latihan Khidmat Negara
12. Menyediakan Buku Catatan Khas: 
-           kehadiran dan pergerakan pelajar.
-           pergerakan keluar / masuk pegawai.
-           laporan harian (aktiviti / kejadian)
-           lawatan / pemantauan Pengetua / Guru Besar / Pentadbir menjalankan pemantauan aktiviti.
13. Pengetua / Guru Besar / Pentadbir MESTI membuat pemantauan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

No comments:

Post a Comment

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

Untuk melahirkan modal insan yang berdisiplin, berketrampilan, mempunyai daya saing,disamping memiliki ciri-ciri ketahanan mental, fizikal dan emosi yang tinggi agardapat memenuhi kehendak serta aspirasi negara pada masa hadapan

VISI

MELONJAKKAN KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN IMEJ PERKHIDMATAN

MATLAMAT KOKURIKULUM

Menyemai kesedaran murid terhadap agama, beradab, taat setia, bertanggungjawab, berdisiplin, jujur dan bersih,disamping mempunyai ciri-ciri emosi, intelek dan jasmani yang seimbang.

Menggilap, mengukuhkan minat, bakat dan kemahiranpelajar dalam setiap aktiviti kokurikulum yang diceburi.

Mengisi masa lapang dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah.

Mengukuhkan interaksi, integrasi dan persefahaman

di kalangan pelajar, guru dan juga dengan masyarakat luar.

OBJEKTIF KOKURIKULUM

Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang berkesan dari segi pengurusan serta tanggungjawab kepada diri , sekolah, masyarakat dan negara.

Meningkatkan disiplin pelajar melalui pemyemaian dan pemupukan nilai, budaya dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara.

Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, minat dan bakat pelajar kearah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan .

Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat.

Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat

STRATEGI PELAKSANAAN

Memberi wajaran kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

Menetapkan dan mempelbagaikan aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab/persatuan , sukan dan permainan dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu dan kumpulan.

Melibatkan murid, Persatuan Ibubapa dan Guru dan agensi luar yang terdiri dari semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;

Merancang dan meneliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki;


Menyelia, merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun

Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan;

Memupuk nilai-nilai yang positif dan mengalakkan semangat berdaya saing yang sihat di kalangan pelajar,

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru dan murid, dari semasa ke semasa.

BIJAK BICARA

Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang membuatmu semakin kuat setiap hari