1.
Memaklumkan
pelaksanaan aktiviti kepada pihak-pihak yang berkenaan:
- Polis Di Raja Malaysia
- Pihak Kesihatan (Klinik berdekatan)
- Ketua Kampung / Pengerusi JKKK
- Pengerusi PIBG / Lembaga Pengurus
2.
Mematuhi prosedur
yang terdapat dalam SPI Bil. 1/1995
(Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah
dan SPI 24/1998 (Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti
Pasukan Pakaian Seragam Agensi Kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaaan)
3.
Ada senarai urus
setia / petugas beserta bidang tugas dan mengikut nisbah yang telah ditetapkan
(1:10) dan MESTI berada awal sebelum aktiviti dijalankan.
4.
Peserta MESTI
menyerahkan ”surat kebenaran ibubapa/penjaga” dan ”Perakuan Kesihatan Murid”
yang telah siap ditandatangani oleh ibubapa / penjaga.
5.
Memberi taklimat
keselamatan kepada semua peserta sebelum aktiviti dijalankan.
6.
Memastikan
langkah-langkah keselamatan sentiasa diberi keutamaan semasa menjalankan
aktiviti.
7.
Pastikan alat bantu
mula (first aid) ada disediakan.
8.
Guru / jurulatih
sentiasa berada bersama murid semasa aktiviti dijalankan.
9.
Memastikan
aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi TIDAK DIJALANKAN pada waktu malam
/ dalam cuaca gelap.
10. Pastikan pencahayaan dan pengudaraan cukup semasa
menjalankan aktiviti
11. Sekolah-sekolah tidak digalakkan
menjalankan aktiviti-aktiviti berisko tinggi di sekolah. Jika ingin
melaksanakan juga MESTI menggunakan jurulatih-jurulatih yang berrtauliah
dan ada SURAT PANGGILAN RASMI :
- Pusat
Kokurikulum Perak, Pangkor
- Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia
- Pusat
Latihan Khidmat Negara
12. Menyediakan Buku Catatan Khas:
- kehadiran dan pergerakan pelajar.
- pergerakan keluar / masuk pegawai.
- laporan harian (aktiviti / kejadian)
- lawatan / pemantauan Pengetua / Guru Besar / Pentadbir menjalankan
pemantauan aktiviti.
13. Pengetua / Guru Besar /
Pentadbir MESTI membuat pemantauan bagi aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.