Terima kasih kepada para pegawai JKR Kinta atas kerjasama dan bantuan yang telah diberi
PERSEDIAAN SUKAN 2013
Terima kasih kepada para pegawai JKR Kinta atas kerjasama dan bantuan yang telah diberi
KERTAS KERJA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
Desa cempaka, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan yang telah
dibahagikan mengikut rumah masing-
31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
DASAR 1 MURID 1 SUKAN
- Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
- Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
- Meningkatkan kecergasan jasmani.
- Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
- Memupuk perpaduan di antara kaum.
- Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
- Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
- Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
- Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
- Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
- Membangunkan sukan sekolah ke
arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-
kurangnya satu jenis sukan di sekolah. - Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
- Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami
masalah kesihatan
hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. - Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan
yang ditawarkan
oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;. - Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.
- Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.
- Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.
- Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang
kepada
pembangunan sukan sekolah. - Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.
- Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara
aktif dalam latihan
sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S
hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. - Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
- Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.
- Kehadiran;
- Jawatan Serta Sumbangan;
- Penglibatan; dan
- Pencapaian
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN
- Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
- Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
- Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
- Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
- Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
- Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan
- Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
- Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
- Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Guru Besar/Guru Besar atau Badan Induk.
- Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
- Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
- Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
- Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
- Menandatangani Buku /Borang Kehadiran Ahli.
- Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
- Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
- Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
- Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
- Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
- Mencadangkan peralatan-peralatan yang patut dibeli kepada setiausaha sukan.Menyerahkan laporan kegiatan pertandingan antara rumah-rumah kepada Setiausaha Sukan Sekolah.Mencadangkan ahli-ahli rumah yang berpotensi untuk diserapkan kepada pasukan sekolah.Mengagihkan pelajar-pelajar kepada jenis permainan yang disediakan.Menyimpan rekod penyertaan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan kepada setiausaha sukan.Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada peringkat sekolah.Menjamin keselamatan ahli-ahli rumah dan sentiasa menjaga nama baik sekolahMelaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan Guru Besar atau wakilnya
FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM
Untuk melahirkan modal insan yang berdisiplin, berketrampilan, mempunyai daya saing,disamping memiliki ciri-ciri ketahanan mental, fizikal dan emosi yang tinggi agardapat memenuhi kehendak serta aspirasi negara pada masa hadapan
VISI
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN IMEJ PERKHIDMATAN
MATLAMAT KOKURIKULUM
Menyemai kesedaran murid terhadap agama, beradab, taat setia, bertanggungjawab, berdisiplin, jujur dan bersih,disamping mempunyai ciri-ciri emosi, intelek dan jasmani yang seimbang.
Menggilap, mengukuhkan minat, bakat dan kemahiranpelajar dalam setiap aktiviti kokurikulum yang diceburi.
Mengisi masa lapang dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah.
Mengukuhkan interaksi, integrasi dan persefahaman
di kalangan pelajar, guru dan juga dengan masyarakat luar.
OBJEKTIF KOKURIKULUM
Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang berkesan dari segi pengurusan serta tanggungjawab kepada diri , sekolah, masyarakat dan negara.
Meningkatkan disiplin pelajar melalui pemyemaian dan pemupukan nilai, budaya dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara.
Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, minat dan bakat pelajar kearah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan .
Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat.
Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat
STRATEGI PELAKSANAAN
Memberi wajaran kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.
Menetapkan dan mempelbagaikan aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab/persatuan , sukan dan permainan dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu dan kumpulan.
Melibatkan murid, Persatuan Ibubapa dan Guru dan agensi luar yang terdiri dari semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
Merancang dan meneliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki;
Menyelia, merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun
Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan;
Memupuk nilai-nilai yang positif dan mengalakkan semangat berdaya saing yang sihat di kalangan pelajar,
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru dan murid, dari semasa ke semasa.
BIJAK BICARA
Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang membuatmu semakin kuat setiap hari