KEJOHANAN RAGBI MSSM 2013


AJK HADIAH DAN PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN RAGBI MSSM 2013 
30 MAC 2013 ( SABTU)  DI STAR IPOH
Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada AJK yang terlibat atas kerjasama yang telah diberikan.

  TN.HJ.ISMAIL BIN A MOHAMAD (PENGERUSI)

PN. NORZANITA ZARI (SETIAUSAHA DAN PENGACARA)

EN. AHMAD ZAMRI BIN KAMIL (JURU FOTO & PENYELIA PENERIMA HADIAH)

PN. RAHIMAH PEMBAWA DULANG (PEMBAWA DULANG HADIAH)

PN. NAZARIA MD ISA (PEMBAWA DULANG HADIAH)

PN. NAFIZAH (PEMBAWA DULANG HADIAH)

CIK ZANARIAH HASAN (PEMBAWA DULANG HADIAH)

EN. JOHAN BIN AZIZI (PENGACARA)

No comments:

Post a Comment

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM

Untuk melahirkan modal insan yang berdisiplin, berketrampilan, mempunyai daya saing,disamping memiliki ciri-ciri ketahanan mental, fizikal dan emosi yang tinggi agardapat memenuhi kehendak serta aspirasi negara pada masa hadapan

VISI

MELONJAKKAN KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN IMEJ PERKHIDMATAN

MATLAMAT KOKURIKULUM

Menyemai kesedaran murid terhadap agama, beradab, taat setia, bertanggungjawab, berdisiplin, jujur dan bersih,disamping mempunyai ciri-ciri emosi, intelek dan jasmani yang seimbang.

Menggilap, mengukuhkan minat, bakat dan kemahiranpelajar dalam setiap aktiviti kokurikulum yang diceburi.

Mengisi masa lapang dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah.

Mengukuhkan interaksi, integrasi dan persefahaman

di kalangan pelajar, guru dan juga dengan masyarakat luar.

OBJEKTIF KOKURIKULUM

Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang berkesan dari segi pengurusan serta tanggungjawab kepada diri , sekolah, masyarakat dan negara.

Meningkatkan disiplin pelajar melalui pemyemaian dan pemupukan nilai, budaya dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara.

Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, minat dan bakat pelajar kearah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan .

Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat.

Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat

STRATEGI PELAKSANAAN

Memberi wajaran kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

Menetapkan dan mempelbagaikan aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab/persatuan , sukan dan permainan dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu dan kumpulan.

Melibatkan murid, Persatuan Ibubapa dan Guru dan agensi luar yang terdiri dari semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;

Merancang dan meneliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki;


Menyelia, merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun

Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan;

Memupuk nilai-nilai yang positif dan mengalakkan semangat berdaya saing yang sihat di kalangan pelajar,

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru dan murid, dari semasa ke semasa.

BIJAK BICARA

Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang membuatmu semakin kuat setiap hari