- Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
- Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
- Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
- Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
- Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
- Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.
- Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
- Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.
- Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Guru Besar/Guru Besar atau Badan Induk.
- Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
- Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.
- Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
- Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
- Menandatangani Buku /Borang Kehadiran Ahli.
- Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .
- Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
- Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
- Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
- Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN / PENASIHAT PERSATUAN
FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM
Untuk melahirkan modal insan yang berdisiplin, berketrampilan, mempunyai daya saing,disamping memiliki ciri-ciri ketahanan mental, fizikal dan emosi yang tinggi agardapat memenuhi kehendak serta aspirasi negara pada masa hadapan
VISI
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN DALAM PENCAPAIAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN IMEJ PERKHIDMATAN
MATLAMAT KOKURIKULUM
Menyemai kesedaran murid terhadap agama, beradab, taat setia, bertanggungjawab, berdisiplin, jujur dan bersih,disamping mempunyai ciri-ciri emosi, intelek dan jasmani yang seimbang.
Menggilap, mengukuhkan minat, bakat dan kemahiranpelajar dalam setiap aktiviti kokurikulum yang diceburi.
Mengisi masa lapang dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah.
Mengukuhkan interaksi, integrasi dan persefahaman
di kalangan pelajar, guru dan juga dengan masyarakat luar.
OBJEKTIF KOKURIKULUM
Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang berkesan dari segi pengurusan serta tanggungjawab kepada diri , sekolah, masyarakat dan negara.
Meningkatkan disiplin pelajar melalui pemyemaian dan pemupukan nilai, budaya dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara.
Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani, minat dan bakat pelajar kearah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan .
Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat.
Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat
STRATEGI PELAKSANAAN
Memberi wajaran kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.
Menetapkan dan mempelbagaikan aktiviti pasukan pakaian seragam, kelab/persatuan , sukan dan permainan dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu dan kumpulan.
Melibatkan murid, Persatuan Ibubapa dan Guru dan agensi luar yang terdiri dari semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
Merancang dan meneliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki;
Menyelia, merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun
Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan;
Memupuk nilai-nilai yang positif dan mengalakkan semangat berdaya saing yang sihat di kalangan pelajar,
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru dan murid, dari semasa ke semasa.
BIJAK BICARA
Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, kerana merekalah yang membuatmu semakin kuat setiap hari
No comments:
Post a Comment