DASAR 1MURID 1SUKAN
Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan
melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang
tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan
sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah
melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk
Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam
membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk
Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus
dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang
demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu
landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu
padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong
semangat 1 Malaysia.
Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:
- Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari
kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
- Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi
objektif-objektif berikut:
- Meningkatkan kecergasan jasmani.
- Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
- Memupuk perpaduan di antara kaum.
- Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
- Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
- Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
- Mewujudkan landasan ke arah
kecemerlangan sukan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).
Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:
- Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan
dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
- Membangunkan sukan sekolah ke
arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-
kurangnya satu jenis
sukan di sekolah.
- Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk
digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira
prinsip-prinsip berikut:
- Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami
masalah kesihatan
hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya
satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di
sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah
menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan
menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
- Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan
yang ditawarkan
oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan
persetujuan pihak sekolah;.
- Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran
pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.
- Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam
aktiviti sukan.
- Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani,
Jasmani, dan Emosi murid.
- Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang
kepada
pembangunan sukan sekolah.
- Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan
peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi
penyertaan aktif setiap murid.
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah
mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan
kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada
pendekatan berikut:
- Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara
aktif dalam latihan
sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang
ditawarkan di bawah 1M 1S
hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan
pergerakan fizikal.
- Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada
aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang
didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras
sukan di sekolah.
- Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas,
rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan
MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.
Penilaian
murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:
- Kehadiran;
- Jawatan Serta Sumbangan;
- Penglibatan; dan
- Pencapaian
No comments:
Post a Comment